Banyak orang yang tidak mengetahui manfa'at atau khasiat yang tersembunyi terutama mengubati berbagai penyakit yang biasa dialami oleh golongan dewasa atau kanak-kanak.
1. Demam Panas
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuk air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat.
2. Sakit Perut
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.
3. Sakit Asma
Bagi yang sakit asma pula anda boleh rebus dengan potong dua kulit asam jawa dengan satu satu liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua kali sehari. Insya-Allah jika diamalkan boleh mengurangkan masalah asma.
4. Batuk/Perit Tekak
Paling mujarab menyembuhkan batuk atau sakit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.
5. Luka / Bisul
Untuk yang mengalami luka atau masalah bisul juga boleh gunakan daun asam jawa. Ambil daun yang muda dan boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.
6. Alergik
Bagi masalah alergik pula boleh cuba cara ini. Ambillah dua atau tiga golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan tiga gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua kali sehari, pagi dan petang. Insya-Allah hasilnya akan dapat dilihat.
7. Bengkak Disengat Lipan atau Lebah
Jika mahu cepat ubatinya tanpa pergi ke klinik boleh cuba cara tradisional ini. Sediakan tiga hingga lima biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut di atas bahagian anggota yang bengkak.